Wednesday, March 28, 2007

Perkembangan Berlatih Kanak-kanak

Perkembangan Berlatih Kanak-kanak

Pada umur 1 tahun, kebanyakan kanak-kanak mengalami pertambahan berat badan sebanyak 15 paun dan membesar 9 inci. Bayi lelaki mahupun perempuan berkembang secara mendadak pada 3 tahun pertama. Corak perkembangan mereka adalah hampir sama. Kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun mencapai hampir 50% dan kanak-kanak perempuan 53% daripada ketinggian mereka ke arah kedewasaan. Berat lahir biasanya berganda selepas 5 bulan, tiga kali ganda pada akhir tahun yang pertama dan empat kali ganda pada 30 bulan. Ini bermakna kanak-kanak mengambil masa selama 10 tahun bagi mencapai separuh berat pada usia dewasa mereka.

Faktor genetik memainkan peranan penting dalam corak perkembangan ini terutama ketinggian dan jenis badan bagi menyeimbangkan berat badan. Keadaan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Kanak-kanak yang tidak menerima cukup nutrien pada awal usia mempunyai kebarangkalian tidak mencapai berat badan optimum.

Penjagaan Harian Mempengaruhi Tahap Perkembangan Kanak-kanak

Ramai kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan pengasuh. Ini berpunca daripada peratus ibu yang keluar bekerja meningkat dan memaksa berlakunya perubahan tanggungjawab ke atas jagaan anak. Kebanyakan ibu yang bekerja meletakkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka di bawah jagaan saudara atau keluarga terdekat.

Pada pandangan mereka, cara ini dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak itu dan penjagaannya lebih sempurna dan terjamin.Perjalinan kasih sayang antara ibu bapa dan anak sangat sukar ditingkatkan terutamanya kepada ibu bapa yang meletakkan anak mereka di bawah jagaan orang lain melebihi 20 jam seminggu. Oleh itu, mereka perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak supaya mereka tidak terasa kekurangan dan membesar seperti kanak-kanak lain.


Perkembangan Perlakuan dan Tingkah Laku


Ciri-ciri perlakuan :

Antara ciri-ciri perlakuan yang dapat dilihat pada kanak-kanak.


Ritma

Asas perlakuan seperti tidur, bangun, membuang air dan lapar.



Peringkat aktiviti

Keupayaan dan kekerapan pergerakan motor. Ada kanak-kanak yang sangat aktif dan banyak bergerak. Malah mereka aktif sejak di dalam kandungan lagi.


Mendekat รข€“ mengundur diri

Penerimaan kanak-kanak merima atau menolak individu, objek atau situasi baru. Sama ada mereka berminat dengan pengalaman baru ataupun sebaliknya.


Ketabahan

Jangka masa kanak-kanak memberi tumpuan kepada aktiviti.


Penyesuaian

Sejauh mana kanak-kanak dapat berubah dan menyesuaikan diri dengan satu-satu keadaan. Betapa mudah dan senang kanak-kanak itu mengubah rutin mereka.


Kualiti Perasaan

Menjelaskan emosi positif dan negatif kanak-kanak apabila berhadapan dengan kanak-kanak lain.

Hiburan

Tahap di mana rangsangan dari persekitaran mempengaruhi kelakuan kanak-kanak seperti berhenti menangis apabila diberikan permainan.


Tindak Balas

Kemahuan dan kesungguhan bertindak balas ke atas rangsangan. Sensitif ke atas sebarang bunyi, cahaya dan sentuhan.


Kekentalan reaksi
Tahap kekuatan tindak balas kanak-kanak

No comments: