Thursday, March 29, 2007

pola tindak balas yang sesuai untuk kanak

Beberapa pola tindak balas yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti berikut :
Kanak-kanak mudah suai diri

Kanak-kanak dalam kumpulan ini berkelakuan baik dan memberi respons yang baik ke atas keadaan dan situasi baru. Kanak-kanak ini dapat mengubah rutin kebiasaan mereka dengan cepat dan mudah. Mereka sentiasa tersenyum dan menerima kekecewaan dengan sedikit sahaja bantahan. Tidak mempunyai banyak masalah dan kerenah dan memudahkan penjaga. Secara keseluruhannya, mereka sentiasa gembira dan berasa seronok dengan penjaga. Sebanyak 40% kanak-kanak berada dalam di bawah kelompok ini.

Kanak-Kanak yang cerewet

Sangat berbeza dengan kanak-kanak mudah suai diri. Mereka lambat dan sangat susah beradaptasi dengan persekitaran dan sering menangis dengan kuat. Mereka sentiasa berhati-hati dengan individu dan situasi baru. Pengasuh memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kanak-kanak ini. Sebanyak 10% kanak-kanak berada dalam kumpulan ini.

Kanak-kanak lambat panas

Kanak-kanak ini memberikan respons atau reaksi positif dan negatif dalam tempoh masa yang sederhana. Mereka cenderung bergerak aktif tetapi pada awalnya mereka tidak mahu memberi respons dengan situasi baru. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini mula menyesuaikan diri dan mempamerkan minat dan kegembiraan. Sebanyak 15% kanak- kanak berada dalam keadaan ini.

MASALAH KANAK lasak

MASALAH KANAK-KANAK AWAL

HYPERAKTIF

KANAK-KANAK lasak, sukar duduk diam dan tidak memberi tumpuan termasuk mengikuti arahan ibu bapa sering dilabel sebagai nakal. Malah kebanyakan ibu bapa menganggap masalah itu akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka. Di sebalik kenakalan itu berkemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar.

Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan (ADHD) iaitu masalah tingkah laku disebabkan ketidaknormalan otak yang membuatkan kanak-kanak ini berciri aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.

Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka masih boleh dikawal manakala ADHA amat susah dikendalikan hingga kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati, 330,000 kanak-kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD. Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah hingga mendorong mereka melakukan perkara menyalahi undang-undang.Kanak-kanak ini tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro dalam otak termasuk dopamin menjadikan mereka sukar mengawal diri

KUDIS BUTA

Tanda

# Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.

# Gatal berpanjangan

# Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.

# Rasa gatal bertambah teruk pada waktu malam iaitu waktu hama betina bertelur.

# Tempat kesukaan hama - tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.

ASMA

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat

Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan

RETINABLASTOMA

Sejenis kanser mata yang mampu menyebabkan kanak-kanak kehilangan deria penglihatan. Hal sering berlaku dalam masyarakat Melayu berbanding kaum lain di negara ini. Kajian didapati penyakit retinablastoma ini berpunca pada mutasi gen yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Dinasihati ibu bapa berketurunan Melayu yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah agar peka dengan perkembangan anak-anak mereka agar penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal.