Wednesday, March 28, 2007

Kelakuan Sosial

Kelakuan Sosial

Kemahiran dan perkembangan motor.
Kemahiran motor kasar ialah kemahiran fizikal yang melihat otot-oto yang besar seperti berlari, melompat, berjalan dan memanjat.Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot yang kecil. Contohnya melukis, mewarna, mengikat tali kasut dan membutangkan.

2 tahun :

  • Berlari dengan lebih yakin
  • Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki semasa naik tangga
  • Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila berusaha untuk lompat bangun dan duduk.
  • Bileh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan.
  • Boleh panjat kerusi dan duduk
  • Boleh zip atau butang yang besar.
  • Boleh tutup dan buka pintu.Boleh gerakkan barang-barang seperti barang mainan ke hadapan dengan menggunakan kaki.

3 tahun :

  • Sudah pandai dalam membuang air besar.
  • Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik tangga.
  • Boleh sepak bola yang besar.
  • Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara.
  • Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi.
  • Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar
  • Boleh membuka buku .
  • Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga
  • Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari.
  • melukis bulatan penuh.
  • Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
  • Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai.
  • Boleh membezakan jenis jantina.

4 tahun :

  • Boleh berjalan dengan lurus.
  • Boleh panjat pokok dan bermain di taman permainan
  • Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5-6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
  • Boleh berlari, berhenti atau bergerak tanpa kasukaran.
  • Boleh membaling bola .

5 tahun :

  • Boleh berjalan ke belakang guna tumit ke hujung jari kaki.
  • Boleh berjalan turun dan naik tangga tanpa pertolongan
  • Boleh pegang hujung jari kaki tanpa membengkokkan lutut
  • Boleh belajar meloncat(skip) dengan menggunakan kaki yang lain(ganti-ganti)
  • Boleh menangkap bola yang di baling dari jarak 3 kaki
  • Menunjukkan kemahiran menunggang basikal roda tiga. Tunggang dengan kelajuan dan dengan kemahiran menggunakan stereng
  • Boleh mngimbangkan badan dengan menggunakan salah satu kaki dengan kawalan yang baik selama 10 saat.
  • Menunjukkan kawalan yang baik menggunakan pensel atau marker, mungkin mula warna garisan.
  • Boleh gunting garisan walaupun tidak sempurna.

6-7 tahun :

  • Boleh mengikat tali kasut
  • Boleh menulis sesuatu huruf atau nombor
  • Boleh mengenal pasti kategori sesuatu objek
  • Makan sendiri tanpa bantuan orang lain
  • Boleh menggelecek bola dalam permainan bola sepak

KESIMPULAN

· Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak amat penting dalam proses penbesaran mereka. Pada tahap ini kanak-kanak membesar dengan pesat.

· Ibu baopa atau oaring dewasa haruslah memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan kanak-kanak seperti keperluan asas, kasih sayang, kebajikan dan memberi kata semangat atau keyakinan kepada kanak-kanak untuk peringkat yang seterusnya.

· Kata-kata dorongan dan pujian haruslah diberikan kepada kanak-kanak ini sebagai inisiatif terhadap pembangunan diri mereka.

· Kanak-kanak awal ibarat kain putih, ibu bapalah menjadi pencorak kain tersebut. Bimbingan dan didikan yang betul akan mempengaruhi corak pemikaram kanak-kanak. Justeru itu, wajarlah kiranya kanak-kanak dibentuk berdasarkan kemampuan

· intelektualnya. Jika kanak-kanak itu dibentuk dengan baik,maka kanak-kanak- itu akan menjadi insane yang mulia.

Emosi

Definisi emosi:Kombinasi perasaan dan mood yang melibatkan reaksi psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corakkan yang tertentu.Dalam perkembangan kanak-kanak, selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran, perasaan dan tingkahlaku juga penting.

Tingkahlaku emosi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu:-

Faktor luaran : Kanak-kanak menunjukan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, masam muka, tidak berkata dan sebagainya.

Faktor dalaman : Ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.Emosi adalah penggerakan kepada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan cara-cara yang paling mudah untuk kanak-kanak meluarkan fikiran dan perasaan.Emosi tergolong dalam perkembangan seseorang individu.

Antara:2 tahun :

Ø Mahu berdikar

iØ Selalu tidak mahu bekerjasama

Ø Patuh

Ø Kadang-kadang memberontak atau melawan Kadang- kadang marah dengan tiba- tiba3 tahun:

Ø Bekerjasama

Ø Sifat menyayangi

Ø Peramah atau suka bercakap

Ø Mudah dipengaruhi

Ø Mengambil atau tiru tabiat atau mood orang dewasa

Ø Cepat marahMempunyai perasaan malu4 tahun :

Ø Yakin dan terjamin

Ø Menunjukkan ketabahan atau ketekunan dan sedikit kawal perasaan dan mengambil perangai ibu bapa atau orang yang paling rapat5 tahun :

Ø Mempunyai keyakinan diriØ Bercakap besar

Ø Menunjuk-nunjukØ Suka mengancam tapi menunjukksn sikap kemesraan

Ø Menunjukkan keinginan untuk mengatasi dan boleh jadi tabah atau tekun dalam mempelajari kemahiran baruMenunjukkan boleh mengawal perasaan6 tahun

:Ø Menjadi tidak stabil berbanding semasa umur 5 tahun

Ø Agresif

Ø Memberontak dan melawan

Ø Boleh menyanyi

Ø Peramah boleh berkerjasama mendapat kekecewaan dan gagal yang sukar untuk terimaBersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

Fizikal

Kanak-kanak lelaki lebih cepat tinggi dan berat berbanding kanak-kanak perempuan.

Pada peringkat 3 – 6 tahun membesar dengan cepat, tetapi perlahan berbanding dengan peringkat bayi.

Badan kanak-kanak lebih lampai dan kurang montel,walaupun kepala masih nampak lebih besar daripada badan.

Kanak-kanak lelaki = lebih tinggi dan berat

Kanak-kanak perempuan = lebih banyak tisu lemak

umur ( tahun )

berat ( kg )

tinggi ( cm )

saiz otak

2

> 13 <

> 82 <

90% daripada saiz dewasa

3

> 15 <

> 90 <

4

> 18 <

> 100 <

5

> 19.5 <

> 107 <

6

>20 <

> 107

hampir kepada saiz orang dewasa

Gigi

  • 3 tahun = mula tumbuh sepenuhnya ( gigi susu ).
  • 6 tahun = gigi kekal tumbuh.

Corak tidur

  • Lebih banyak tidur pada malam hari.
  • Mungkin mengabil masa untuk tidur kerana banyak aktiviti rutin seperti bermain, berlari dan melompat.
  • Kanak-kanak juga mengalami gangguan tidur seperti terlalu letih bermain dan menonton cerita seram atau yang terlalu menyeronokkan.

Kesihatan

  • Pada usia 3 – 10 tahun kanak-kanak kurang mempunyai sistem ketahanan badan yang lengkap.
  • Senang mendapat penyakit lelah, batuk, selsema dan penyakit jantung yang boleh menghalang perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut.
  • Kanak-kanak perlu makanan seimbang seperti protien dan vitamin.
  • Keadaan ini membolehkan kanak-kanak itu membina tubuh yang sihat dan kuat supaya mencegah daripada penyakit.

Kognitif

  • Kelebihan untuk menerima ,memproses, menyimpan dan mengeluarkan maklumat tersebut dan mengunakannya.
  • Ahli teori yang terkenal dalam perkembangan kognitif adalah Jean Piaget.
  • Piaget telah membina Teori Perkembangan Kognitif hasil daripada pemerhatian yang dilakukan ke atas perkembangan anaknya.
  • Teori mencadangkan bahawa individu perlu melalui pelbagai tahap perkembangan kognitif dan permikiran bagi memperkembangkan kebolehannya.
  • Piaget menyatakan bahawa setiap orang mempelajari cara untuk berfikir dengan cara yang sama mengikut tahap perkembangan kognitif :
  • Kanak-kanak = berfikir secara asas dan konkrit.
  • Dewasa = berfikir secara kompleks dan abstrak.
  • Setiap tahap perkembangan kognitif mempunyai konsep / prinsip atau cara dimana seseorang akan berfikir.
  • Skema :
  • Cara seseorang berfikir, menyusun idea dan konsep berdasarkan tahap perkembangan kognitif.
  • Semakin tinggi tahap perkembangan kognitif, semakin abstrak pemikiran individu berkenaan.
  • Piaget mencadangkan bahawa semua orang akan melalui tahap kognitif yang sama dalam turutan yang sama.
  • Perkembangan kognitif ini berterusan dan tidak berkembagan secara tiba-tiba. Setiap tahap perkembangan merupakan asas bagi perkembangan kognitif yang akan datang.
  • Adaptasi ialah kelebihan untuk menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran di sekeliling. Keadaan di sekeliling terdiri daripada 2 proses iaitu asimilasi dan akomodasi.
  • Asimilasi ialah proses mendapatkan maklumat baru dan mengabungkan. Manakala akomodasi pula menuju kepada proses kanak-kanak menukarkan persepsi dan tingkahlaku mereka bagi mengunakan tahap kognitif yang tinggi dan abstrak.
  • Kanak-kanak akan menyesuaikan dirinya dengan skema yang wujud. Mereka akan mengunakannya bagi menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

· Piaget telah membina Teori Perkembangan Kognitif yang terdiri daripada 4 peringkat iaitu :

  1. Tahap Praoperasi ( 2 – 7 tahun )
  2. Tahap Konkrit ( 7 – 11/12 tahun )
  3. Tahap Formal ( 11/12 – 16 tahun )

No comments: