Wednesday, March 28, 2007

pola tindak balas yang sesuai untuk kanak

Beberapa pola tindak balas yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti berikut :

Kanak-kanak mudah suai diri

Kanak-kanak dalam kumpulan ini berkelakuan baik dan memberi respons yang baik ke atas keadaan dan situasi baru. Kanak-kanak ini dapat mengubah rutin kebiasaan mereka dengan cepat dan mudah. Mereka sentiasa tersenyum dan menerima kekecewaan dengan sedikit sahaja bantahan. Tidak mempunyai banyak masalah dan kerenah dan memudahkan penjaga. Secara keseluruhannya, mereka sentiasa gembira dan berasa seronok dengan penjaga. Sebanyak 40% kanak-kanak berada dalam di bawah kelompok ini.

Kanak-Kanak yang cerewet

Sangat berbeza dengan kanak-kanak mudah suai diri. Mereka lambat dan sangat susah beradaptasi dengan persekitaran dan sering menangis dengan kuat. Mereka sentiasa berhati-hati dengan individu dan situasi baru. Pengasuh memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kanak-kanak ini. Sebanyak 10% kanak-kanak berada dalam kumpulan ini.

Kanak-kanak lambat panas

Kanak-kanak ini memberikan respons atau reaksi positif dan negatif dalam tempoh masa yang sederhana. Mereka cenderung bergerak aktif tetapi pada awalnya mereka tidak mahu memberi respons dengan situasi baru. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini mula menyesuaikan diri dan mempamerkan minat dan kegembiraan. Sebanyak 15% kanak- kanak berada dalam keadaan ini.

No comments: